WHAT'S NEW?
Tradisi Unik Di Bulan Ramadhan

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/75550



Anggota Forensik dan polis masih membuat siasatan sekitar kawasan letupan bom motosikal yang meletup berdekatan kuil Hindu menyebabkan 22 orang korban termasuk pelancong asing dalama letupan di tengah Bangkok - Foto Aizuddin Saad

Bangkok : Letupan bom di kuil erawan di kawasan sibuk di pusat bandar raya ini petang semalam yang mengorbankan 22 orang termasuk lapan warga asing dan mencederakan 123 yang lain, bertujuan merosakkan ekonomi negara itu,kata pegawai kerajaan.

jurucakap polis Thailand, Prawut Thavornsiri, berkata antara warga asing yang terkorban dalam serangan itu ialah China (tiga) Hong Kong (dua), Malaysia (dua) dan seorang warga Filipina.

Dalam pada itu, dengan tiada kumpulan  mengaku bertanggung jawad dan kerajaan tidak dapat mengaitkannya  dengan kegiatan di selatan, serangan itu setakat ini dikatakan berujuan memusnahkan ekonomi dan pelancongan.


"Penyerang bertujuan memusnahkan ekonomi Thailand dan pelancongan karena serangan berlaku di tengah - tengah daerah pelancongan," kata Menteri pertahanan, prawit Wongsuwan.

pelancongan adalah antara penyumbang utama ekonomi Thailand yang terjejas selepas tentera merampas kuasa pada Mei 2014, Pelancongan menyumbang 10 peratus kepada ekonomi dan kerajaan mengunjurkan pemulihan kedatangan pelancong tahun ini.

Ketua polis Thailand, somyot poompanmuang, berkata serangan bom itu belum pernah berlaku di negara itu karena letupan itu tercetus dari pada bom paip.

kuil Erawan yang terletak di kawasan sibuk berdekatan hotel terkemuka, pusat beli- belah, pejabat dan hospital adalah tarikan utama dalam kalangan pelancong dari Asia timur termasuk China. Ramai warga tempatan juga mengunjungi rumah ibadat berkenaan.

kerajaan akan menubuhkan war room untuk menyelaras operasi berikutan letupan itu,
kata perdan Menteri,prayuth Chan-ocha dipetik menerusi siaran televisyen.

sementara itu, di washingon, jabatan Negara berkata, masih terlalu awal untuk menyatakan letupan itu adalah serangan pengganas.


0 comments :

Post a Comment